Tuesday, December 19, 2006

AYAH KE MAKKAH

Ayah ku telah bepergian ke Makkah pad malam 18.12.06 syukur dan sepatutnya daku juga harus ke Ceribon Indonesia untuk melawat makam Wali Songo .Antaranya Sunan Gunung Jati yang ku ketahui juga mengalami pengalaman di Mikraj ke Langit. Cuma daku tidak mahu menyamakan mikraj itu walau sebesar hama dan debu berkaitan dgn kisah Mikraj Rasulullah di dalam Al-Quran.Nauzubillah!!!
Bila orang bertanya tentang mikraj Rasulullah adakah dengan Ruh sahaja atau dengan jasad sekali. Tidak dapat aku beri jawapan dan yang penting hanyasanya pengetahuan tentang yg ghaib itu di sisi Allah sahaja. Noktah.

Malangnya cita-cita tidak kesampaian...brgkali ada hikmahnya. Lagipun ayah ku berpesan suruh buat menjaga emak .

Syukurlah aku ke masjid selang seminggu sebelum ayah pergi kerana di sana Allah telah memberi ku cahaya kasih sayang pada wajah orang tua. Sekembali kerumah tentu pandangan berbeda terhdap bapa ku.
Ternampak limpahan cahaya kasih dari masjid terbawa2 hingga bila aku melihat ayah.

AYAH BERUNTUNG DAPAT HAJI AKBAR WUKUF HARI JUMAAT. MALAM KERNA 3 TAHUN BERTANGGUH2 PERGI.

Free Hit Counter

Wednesday, December 13, 2006

Wednesday, September 27, 2006

KAIN PUTIH MATI KAH AKU ?

Matikah aku...matikah??? aku digendung seperti anak kecil diangkat bersama-sama dengan kain putih yg lusuh selama ini ku guna utk tidur. nampak terjurai benang kelilingnya tatkala aku memandang kebawah. ku lihat bumbung rumah ku makin jauh aku tembus tadi padanya. Tengoklah kuasa Allah bagaimana dia boleh menjadikan halus atom sesuatu benda atau menukar sesuatu keadaan semahunya. Dalam hati ku berkata tinggallah semua adik beradik ku tak sempat ucap selamat tinggal ..makin laju makin jauh aku mula merasa heran dan bertanya ///betuilkah aku sudah mati..kau mahu bawa aku kemana ? tanpa bicara tiba-tiba si penggendong ku berhenti pada langit yg begitu sejuk berkabus makin tinggi. Segera dia turun dengan pantas tahu tahu aku sudah ada lagi 3 inci dari kati lalu dia melepaskan aku yang jatuh terenjut dan aku pun membuka mata..subhanaallah dia mahu aku tahu perjalanan tadi bukan mimpi tapi nyata...Allahuakbar.
Aku tak takut atau malu menceritakan pada isteri dan keluarga ku kerana aku tahu ia kisah benar bukan ku ada adakan. Masyaallah patutlah sebelum ini ia seseorang bagaikan menyua kepada ku buku doa kecil itu yang terpampamg jelas di depan mata kalimat TAMMAH seperti suruh aku menghafal. Kalimat itu juga menurut sejarahnya adalah doa yang dibaca nabi tatkala mikraj dan dia di kejar tukar sihir perempuan lantas malaikat JIBRIL suruh nabi baca lalu terbakar makhluk tadi.
Banyak kesamaannya antara kisah mikraj nabi dan diri ku tetapi kepunyaan nabi lebih besar teramat besar bezanya. Mahasuci Allah apabila ia mengkehendaki sesuatu maka ia berkata jadilah atau KUN , maka jadilah ia.
Semua kisah ini tercata dalam diari ku...Nabi juga sewaktu akan diangkat ke Baitul maqdis dada nya dibelah terlebih dahulu. Aku jadi hairan dan takjub sendirian. Alhamdulillah sehingga harini segala kejadian masih cerah jelas dlm ingatan ku. Terimakasih Ya Allah tuhan cahaya dilangit dan dibumi. Sadaqallahul adzhim.

Tuesday, September 26, 2006

MIKRAJ KE LANGIT

Kisahnya sewaktu aku berubat dengan nenek dahulu sebelum berumahtangga. Nenek telah menyusun ku utk tidur dengan berlapik kain putih dan soalt juga lapik sujud dari kain putih. Aku tak tahu tapi kata nenek ada yang putih nak datang kepada aku. Entahlah aku tak faham dan hanya mengikut shj. Bertahun tahun aku mengikut shj amalan itu sehinggalah suatu malam seperti yang ku catat jelas dlm diari ku[ nanti ku cari semula diari itu]

Aku tengah tidur pada malam2 yang biasa tetapi tiba2 aku kasyaf dan dapat melihat 2 orang lelaki arab putih memakai pakaian seakan kain ihram putih yg kemilau turun dari langit sisi yg gelap. Mereka terus berjalan pergi belakang sisi kanan ku dan tak semena-mena salah seorangnya menyodok badan ku dan menggendungku kelangit menembusi syiling rumah terus keatas langit...bersambung.